PARABEN: SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI SAKIT

Kupasan dari Dr. Hafiz di facebooknya mengenai APA ITU PARABEN...



PARABEN: SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI SAKIT
------------------------------------------------------------------------------
[MENCABAR PRINSIP DOS MENJADIKAN RACUN]
.
Perhatikan kandungan barangan penjagaan badan di rumah anda, anda akan dapati bahan berlabel methylparaben, butyl paraben, propyl paraben dll paraben di dalamnya. Daripada kosmetik, shampoo, pencuci muka, deodoran, sabun mandi, pelembap ,ubatan-ubatan juga mengandungi paraben.
.
APA ITU PARABEN
-------------------------------
.
Paraben merupakan bahan pengawet yang berkesan membunuh kuman terutamanya kulat/yis.Paraben merupakan salah satu daripada toksin persekitaran yang dikenali sebagai
.
[PENGGANGGU HORMON]
(Endocrine Disrupting Compound-EDC)
.
Bagaimanakah EDC mampu mengganggu hormon? EDC menyamar menyerupai "hormon kewanitaan" iaitu hormon ESTROGEN seterusnya memberi signal kepada otak dan menimbulkan gangguan pada keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.
Maka EDC juga dikenali sebagai XENOESTROGEN.
(rujuk artikel lama xenoestrogen)
----------------------------------------------------------------------
.
Antara masalah utama dikaitkan dengan EDC seperti paraben ini ialah:
1) Gangguan Paksi HPA menyebabkan masalah kepada sistem antiradang dan sistem yang mengawal stress di dalam badan anda.
2) Gangguan kepada hormon thyroid: Sikit-sikit bahan ini berkumpul dan merosakkan hormon thyroid anda. Begitu lah salah satu caranya anda dapat masalah thyroid yang kian berleluasa zaman moden ini.
3) Gangguan kepada hormon dan perkembangan seksual
- Meningkatkan hormon wanita menyebabkan lelaki jadi mati pucuk dan lemah batin, pondan, bertetek, buncit, botak, berjerawat. Air mani pun jadi kurang bro! 
- Menyebabkan kanak-kanak akil baligh sangat awal dari usia.
- Peningkatan hormon estrogen berlebihan meningkatkan penghasilan sel-sel organ peranakan. Ini meningkatkan risiko ketumbuhan dan masalah seperti PCOS, ovarian cyst, firboid, endometriosis, adenomyosis serta kanser wanita.
4) Gangguan kepada sistem pertahanan badan (imuniti).
- Dikaitkan dengan masalah autoimuniti seperti ekzema, psoriasis, SLE, Grave's dan Hashimoto's thyroiditis dan sebagainya.
.
.
APA ISTIMEWANYA PARABEN?
-----------------------------------------
1) KAJIAN ROUTLEDGE - Makan vs Sapu.
Kajian Routledge (1998) membuktikan paraben mempunyai aktiviti estrogen lemah. Kajian tikus ini menariknya menunjukkan paraben yang dimakan menjadi tidak aktif di dalam badan.
.
Manakala paraben diletak di bawah kulit menghasilkan respon kepada rahim (uterotropic response) walaupun ia 100,000 kali ganda lebih lemah berbanding hormon estrogen asal badan.
.
Apa rumusan kajian Routledge ini?
- Sikit dos paraben (100k lebih lemah daripada hormon asal)badan mampu beri kesan kepada rahim.
- Paraben melalui kulit LEBIH BERI KESAN berbanding yang di makan.
"Ini kemungkinan kerana paraben dimakan akan dinyahtoksin dahulu oleh sistem detoksifikasi di hati berbanding melalui kulit . paraben terus masuk ke salur darah, beredar ke merata tempat sebelum detoksifikasi di hati juga." Ini dinamakan "FIRST PASS EFFECT"
(Profesor palsu, Hafiz Sulaiman ;P)
Ironi kerana paraben hanya dilarang digunakan dalam produk makanan di malaysia.
.
.
2) KAJIAN RISIKO KANSER:
Darbre dan pasukannya mendapati paraben berkumpul pada tisu payudara.
Beberapa kajian juga mencadangkan "Penggunaan bahan kimia xenoestrogen mampu mempengaruhi perkembangan
kanser payudara (Darbre, 2001, 2003; Harvey, 2003).
Kajian Darbre pada tahun 2012 mendapati:
99% TISU KANSER PAYUDARA YANG DIKAJI MENGANDUNGI PARABEN. (158 daripada 160 sampel)
Masih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan kaitan penemuan paraben dalam tisu kanser payudara kerana kaitan tidak bermaksud penyebab langsung penyakit kanser itu.
.
.
3) KAJIAN PERSEKITARAN NHANES 2006 :
Konsentrasi 4 jenis paraben dalam populasi rakyat US.
Kajian atas 2548 sampel urin menjumpai metilparaben dalam 99.1% sampel dan propylparaben dalam 92.7% sampel air kencing tersebut.
.
.
4) KAJIAN INTERAKSI PARABEN:
Kajian bahan yang meningkatkan paraben dalam badan.
HERUGULIN (sejenis faktor tumbesaran) didapati meningkatkan potensi butylparaben di dalam badan.
Natijahnya, paraben mungkin lebih aktif pada pendedahan dos yang tidak pernah difikirkan. Kecil-kecil cili padi paraben ni 
.
.
Masih banyak kajian yang sedang dijalankan untuk membuktikan secara kukuhnya bahaya paraben ini.. setakat ini masih banyak yang perlu dikaji.. FDA menetapkan paraben MASIH SELAMAT pada paras yang ditetapkannya..
.
Namun sebelum anda merasa lega dengan kenyataan di atas, suka saya petik kenyataan National Institute of Environmental Health Sciences (NIEHS) berkenaan xenoestrogen:
1) Dos rendah perlu diambil kira
2) Pelbagai kesan kepada kesihatan
3) Kesan biologi yang berterusan (persistent)
4) Pendedahan bahan ini berleluasa.
.
.
Kesimpulannya pendedahan terhadap bahan pengganggu hormon xenoestrogen ini sangat biasa dan berleluasa di zaman moden ini. Paraben cuma sebahagian daripada beratus bahan xenoestrogen.
Walaupun bukti bahaya paraben masih belum kukuh, saya dan keluarga saya memilih untuk meminimakan pendedahan terhadapnya demi memelihara kesihatan.
Adalah menjadi tanggungjawab bersama kita berusaha untuk meminimakan pendedahan terhadapnya. Sama-sama kita sebarkan kesedaran terhadap risiko toksin persekitaran ini terhadap kesihatan.
.
Semoga Allah melindungi kita semua.
.
.
Nukilan,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
Artikel di atas hanya pengetahuan am dan tidak bertujuan memberi nasihat perubatan ataupun mendiagnosa penyakit. Jika sakit, sila jumpa doktor anda.

Sumber FB : Hafiz Sulaiman

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Catat Ulasan